Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh
ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan
kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada
masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik
merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada
zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah
Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut
beralih ke Lembah Ganges.
Pada zaman ini terdapat golongan
pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan,
iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di
bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah
disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini
berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah
disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan
Asoka.
Peta tamadun Indus
Golongan-golongan bangsawan pada tamadun Indus
No comments:
Post a Comment