Followers

Sunday 1 April 2012

ZaMaN kInI Vs JaHiLiAh


Kejadian ini berlaku di Temerloh, Pahang iaitu di mana seorang ibu tunggal yang berusia 36 tahun sanggup membawa bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan ketika menghisap dadah bersama-sama rakan-rakannya. Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komesioner Mohd. Nor Mansor berkata, wanita tersebut ditahan bersama-sama empat rakannya yang berumur 18 hingga 31 tahun di sebuah rumah sewa di Jalan Bahagia pada 8 Mac 2012.

Melalui serbuan yang dilakukan pada 12.15 tengah hari itu, pihak polis telah berjaya merampas 30 gram syabu, 220 gram ganja dan 38 biji pil eramin 5 yang kira-kira bernilai RM15000. Tambahan pula, ketika serbuan tersebut pihak polis juga turut merampas peralatan menagih dadah, penimbang digital mudah alih, gunting dan plastik lut sinar yang dipercayai untuk kegunaan pengedaran dadah.

Jelasnya, kesemua suspek didapati positif dadah dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Di samping itu, pihak polis akan menyerahkan bayi tersebut kepada keluarga wanita itu atau agensi berkenaan untuk dijaga.

Kesimpulan daripada kejadian ini, kita dapat lihat persamaan antara manusia pada masa ini yang terlalu mementingkan diri dan Arab Zaman Jahiliah di mana mereka melakukan kekejaman terhadap bayi-bayi perempuan mereka. Cuma yang membezakan ialah bangsa Arab Jahiliah menanam bayi-bayi perempuan mereka ketika mereka masih bernyawa lagi bagi mengelakkan diri mereka malu kepada kabilah mereka. Tetapi ibu tunggal ini telah melakukan kekejaman terhadap bayinya dengan mengheret bayi itu kekancah maksiat. Sedangkan seorang anak itu memerlukakan kasih sayang dan didikan secukupnya daripada kedua ibu bapanya dan bukannya kekejaman dalam merosakkan diri mereka. 



No comments:

Post a Comment