Followers

Sunday 1 April 2012

TaMaDuN ChInA DiNaStI ShAnG dI HwAnG Ho


Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu. Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang. Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.

Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga. Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa. Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama. Tanaman utamanya ialah gandum , milet, sekoi , barli dan padi. Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing. Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan. Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.

Masyarakat China percaya bahawa tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia. Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari. Orang Shang juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Tulang nujum digunakan untuk mendapatkan pertolongan daripada nenek moyang. Bentuk tulisan tamadun ini dipanggil ideogram. Setiap gambar melambangkan satu perkataan. Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang kekal selama 3500 tahun.

Kemajuan sains dan teknologi zaman Shang ialah :
Ø  Penggunaan gangsa dalam pembuatan senjata dan alat-alat pertanian
Ø  Membuat alat-alat tembikar dan jed
Ø  Menghasilkan sutera
Ø  Memperkenalkan sistem kalendar dan perpuluhan

Kemajuan pada Zaman Chou termasuk :
Ø  Membuat wang daripada logam
Ø  Menerbitkan buku
Ø  Memperkenalkan alat tulisan
Ø  Perkembangan kesenian tamadun ini dapat dikesan menerusi bidang ukir.
Ø  Kesusasteraan berkembang pesat semasa Dinasti Chou dan karya-karya utamanya ialah :
Ø  Buku Perubahan (The Book of Changes) yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan.
Ø  Buku Upacara ( The Book of Rites) berkaitan dengan tatacara istiadat dan tanggungjawab orang dewasa.
Ø  Buku Sejarah ( The Book of History) merupakan koleksi dokumen rasmi , proklamasi dan ucapan

Gambar bangsawan pada Dinasti Shang 

Peta terletaknya Hwang Ho

Sungai Hwang Ho ataupun dikenali sebagai Sungai Kuning

No comments:

Post a Comment