Followers

Friday 27 April 2012

CaHaYa iLmU

Di Kuala Lumpur, tabiat membaca rakyat Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara berbanding tahun sebelumnya iaitu penambahan sebanyak 33.2% bilangan pinjaman buku yang dicatatkan di Perpustakaan Negara (PN). Melalui statistik pinjaman bahan bacaan di PN pada 2011 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1.03 juta buah buku yang dipinjam oleh pembaca tempatan berbanding pada tahun 2010 yang hanya sebanyak 776 347 buah buku.
Menurut Ketua Pengarah PN iaitu Datuk Raslin Abu Bakar faktor utama peningkatan pinjaman tersebut adalah disebabkan oleh pertambahan jumlah pinjaman berkelompok dari 289 buah institusi pada tahun 2011 berbanding 240 buah institusi  pada tahun 2010.“Kalau 10 tahun dulu seorang rakyat Malaysia cuma membaca dua buku setahun tapi pada tahun lalu kenaikan yang amat ketara dapat dilihat dengan jumlahnya meningkat kepada lapan buku seorang. “Peningkatan tabiat membaca ini membuktikan tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai pentingnya ilmu pengetahuan jelas kelihatan dan ia juga sejajar dengan misi kerajaan untuk mencapai status negara maju pada 2020,” katanya ketika ditemui pada pelancaran sambutan Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Negara.
              Hal ini telah menunjukkan kesedaran rakyat Malaysia bahawa betapa pentingnya dalam menuntut ilmu. Sedangkan agama Islam sendiri telah menitikberatkan agar umatnya untuk menuntut ilmu sebagai mana firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Quran yang pertama iaitu Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-Mu Yang Menciptakan . Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan-Mulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.
             Tambahan pula, saranan bagi menuntut ilmu telah dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, Nabi S.A.W. bersabda: “ Sesungguhnya para Nabi A.S. tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Bagi sesiapa mengambilnya, maka ia mendapat keuntungan yang besar”.
             Kesimpulannya, menuntut ilmu amatlah dituntut dari segi agama, bangsa dan juga negara. Masakan sesebuah negara itu membangun dengan rakyat yang tidak berilmu. Mashallah!! Ajaib sungguh jika itu yang berlaku. Sedangkan ilmu itu ibarat nakhoda yang mengemudikan kapal untuk sampai ke tujuannya. Jika nakhodanya sesat maka sesatlah anak kapalnya. Maka tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. :)

               

No comments:

Post a Comment