Followers

Monday 16 April 2012

mEnGeNaLi TaMaDuN


Konsep tamadun
v  Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain.
v  Perkataan Arab yang berkaitan dengan perkataan tamadun ialah madana yang mempunyai dua maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar.
v  Tamadun dalam bahasa Inggeris ialah civilization berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud Bandar.
v  Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban manusia.

Tamadun menurut pandang Barat
v  Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.
v  Gordon Childe, menegaskan pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
v  Darcy Riberio dan R.A. Buchanan hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Tamadun menurut pandangan Islam
v  Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.
v  Ibn Khaldun menganggap kehidupan Bandar yang terbentuk hasil daripada semangat assabiyyah, bekerjasama dan saling membantu sebagai tamadun.
v  Syed Naqiub Al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.




No comments:

Post a Comment