Followers

Monday 23 April 2012

DeRiTa Si KeCiL


Ke mana perginya kasih sayang dalam diri manusia durjana ini yang begitu tega mencederakan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini. Mangsa Mohd. Danish Aiman Abdullah yang berusia 2 tahun ini telah ditampar oleh kekasih ibunya di Kampung Tualang, Manir pada 21 April yang lalu. Mangsa telah mengalami pendarahan dalaman di kepala setelah ditampar oleh suspek. Kejadian ini berlaku apabila suspek berang dengan karenah mangsa yang tidak duduk diam lalu bertindak menampar mangsa sehingga pengsan. Sekuat mana kudrat si kecil ini berbanding lelaki yang tidak berperasaan ini. Apakah salah seorang kanak-kanak itu bergerak bebas selagi ia tidak merbahayakan dirinya? Apakah terlalu besar kesalahannya sehingga dipukul tanpa ehsan….TIDAK SAMA SEKALI!!!!!!
 Kanak-kanak pada usia ini akan bergerak dengan aktif untuk membina karekter mereka. Mereka mempelajari setiap perkara yang baru dan mengaplikasikan ke dalam diri mereka. Sedangkan kita orang dewasa sepatutnya mendidik mereka dan bukannya menyakiti mereka. Kita perlu menjadi penjaga, pembimbing, dan pelindung bagi mereka tetapi bukannya melakukan mereka persis seekor binatang.
Seharusnya kita membiasakan diri dengan mengamalkan ajaran agama bagi malahirkan akhlak yang mulia. Akhlak merupakan suatu tingkah laku yang baik dan telah menjadi kebiasaan,amalan, dan cara hidup seseorang yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila akhlak mulia subur memekar dalam diri,perkara yang tidak berperikemanusiaan tidak akan dilakukan dengan sewenag-wenangnya. Seharusnya manusia kini buka mata mereka seluas-luasnya bagi memahami apa itu kasih sayang. Sedangkan haiwan mampu merhargai dan mengasihi sesama mereka.



                 

Manusia berkelakuan binatang ataupun binatang yang berkelakuan manusia?????





No comments:

Post a Comment