“Adik sanggup dermakan apa saja asalkan
abang selamat”, demikian luah seorang adik iaitu Muhammad Muaz Yusof, 13
kepada ibunya, Asma Ismail, 52 sejurus sebelum memasuki bilik rawatan Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur pada 21 April 2012, Sabtu,
bagi menderma darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya iaitu Muhammad
Munawar Yusof, 21, yang menderita leukemia. Namun, Allah S.W.T. lebih
mengetahui segalanya apabila Muhammad Muaz telah meninggal dunia jam 6.50 pagi
pada dua hari selepas menderma darah A- serta sum-sum tulangnya.
Asma Ismail sebagai ibu tunggal kepada enam orang anak itu
menyatakan bahawa Muhammad Munawar menghidapi leukemia sejak empat bulan yang
lalu dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang
Kerian sebelum diarahkan oleh pegawai perubatan untuk menemui pakar di HUKM. “Munawar memerlukan darah jenis A- serta
sum-sum tulang belakang dan secara kebetulan arwah mempunyai darah jenis sama
dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses
pemindahan darah dan sum-sum,” katanya. Katanya, sebelum memasuki
bilik rawatan, dia ada bertanya perasaan arwah menjalani proses itu, namun
arwah menjelaskan tidak berasa takut, malah sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan
nyawa abangnya.
Ya Allah, bertapa besarnya
pengorbanan seorang adik kepada abangnya. Hubungan yang berlandaskan sebuah
kasih sayang dalam sebuah hubungan yang suci dan utuh tanpa boleh dipisahkan
oleh sesiapapun melainkan yang hak iaitu Allah S.W.T. Betapa tingginya darjat seseorang
itu jika dia mengasihi temannya seperti dirinya sendiri. Ini dapat dikuatkan
lagi dengan potongan hadis ini, Nabi S.A.W. bersabda: “ tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sebelum ia cinta kepada
saudaranya atau jirannya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
Islam sendiri telah mengalakkan
kasih sayang ataupun mencintai antara satu sama lain selagi meletakkan Allah
S.W.T sebagai cinta teragung,diikuti cinta yang kedua iaitu cinta kepada
Rasulullah S.A.W. dan seterusnya diikuti oleh cinta sederhana iaitu cinta
kepada ibu bapa, anak-anak, saudara-mara, dan keluarga. Islam telah
mengiktirafkan fenomena cinta sebagai suatu keperluan bagi manusia, malah
menganggap cinta sebagai satu unsur pelengkap dan penyeri kehidupan.
Kesimpulannya, kasih
sayang antara sesama manusia amat dituntut dalam agama Islam. Nabi S.A.W.
bersabda: “Tidaklah kamu akan masuk
syurga tanpa beriman, dan tidaklah iman itu sempurna tanpa berkasih-kasihan sesamamu,
inginkah kamu kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu kerjakan,
terwujudlah saling berkasih-kasihan sesamamu? Semarakkanlah salam antara
sesamamu”.Perasaan kasih sayang dan cinta adalah suatu nikmat yang
diberikan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya. Jadi kita sebagai hamba-Nya seharusnya mengunakan nikmat yang telah diberikan kepada kita dengan sebaiknya bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T. bagi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat malah, dijauhi daripada siksaan api neraka.
No comments:
Post a Comment