Ke mana perginya kasih sayang dalam diri manusia
durjana ini yang begitu tega mencederakan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini.
Mangsa Mohd. Danish Aiman Abdullah yang berusia 2 tahun ini telah ditampar oleh
kekasih ibunya di Kampung Tualang, Manir pada 21 April yang lalu. Mangsa telah
mengalami pendarahan dalaman di kepala setelah ditampar oleh suspek. Kejadian
ini berlaku apabila suspek berang dengan karenah mangsa yang tidak duduk diam
lalu bertindak menampar mangsa sehingga pengsan. Sekuat mana kudrat si kecil
ini berbanding lelaki yang tidak berperasaan ini. Apakah salah seorang
kanak-kanak itu bergerak bebas selagi ia tidak merbahayakan dirinya? Apakah
terlalu besar kesalahannya sehingga dipukul tanpa ehsan….TIDAK SAMA SEKALI!!!!!!
Kanak-kanak pada
usia ini akan bergerak dengan aktif untuk membina karekter mereka. Mereka
mempelajari setiap perkara yang baru dan mengaplikasikan ke dalam diri mereka.
Sedangkan kita orang dewasa sepatutnya mendidik mereka dan bukannya menyakiti
mereka. Kita perlu menjadi penjaga, pembimbing, dan pelindung bagi mereka
tetapi bukannya melakukan mereka persis seekor binatang.
Seharusnya kita membiasakan diri dengan mengamalkan
ajaran agama bagi malahirkan akhlak yang mulia. Akhlak merupakan suatu tingkah
laku yang baik dan telah menjadi kebiasaan,amalan, dan cara hidup seseorang
yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila akhlak mulia subur memekar
dalam diri,perkara yang tidak berperikemanusiaan tidak akan dilakukan dengan
sewenag-wenangnya. Seharusnya manusia kini buka mata mereka seluas-luasnya bagi
memahami apa itu kasih sayang. Sedangkan haiwan mampu merhargai dan mengasihi
sesama mereka.
No comments:
Post a Comment