Followers

Monday, 30 April 2012

KeGeMiLaNgAn IsLaM....



Adakah Kau Lupa (Animasi Saladin)

Adakah kau lupa 
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


# Fahami dan renungi lagu ini, bukan bagi melalaikan tetapi bagi menyedarkan kita bahawa sejarah terdahulu telah mengajar kita bahawa keimanan dan ketakwaan adalah rahsia umat Islam ketika dahulu dalam mencapai kejayaan. Seharusnya kita sebagai generasi sekarang patut mencontohi generasi terdahulu dalam membawa kejayaan melalui keikhlasan hati dan ketulusan jiwa dalam berjuang untuk Islam. Betapa hebatnya   tamadun Islam ketika berada di bawah naungan Rasulullah S.A.W. yang sememangnya manusia yang terhebat dan tiada tandingannya dan telah mendidik umat-umatnya dari segi ibadat, ilmu pengetahuan, sikap, tingah laku, dan sebagainya. Selepas kewafatan Rasulullah ilmu yang telah disampaikan telah diwarisi kepada kaum keluarga baginda, para sahabat dan tokoh-tokoh ilmu agama bagi memastikan Islam terus berkembang dan tersebar degan meluasnya dalam kalangan masyarakat manusia. Disebabkan itulah sumbangan-sumbangan ilmu tersebut telah berkembang dan menjadi amalan dan juga telah membawa perkembangan kepada tamadun Islam sehingga ke hari ini, malah menjadikan Islam adalah sebuah tamadun yang lebih maju dan kehadapan berbanding tamadun yang lain.   


KaSiH sUcI....


“Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat”, demikian luah seorang adik iaitu Muhammad Muaz Yusof, 13 kepada ibunya, Asma Ismail, 52 sejurus sebelum memasuki bilik rawatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur pada 21 April 2012, Sabtu, bagi menderma darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya iaitu Muhammad Munawar Yusof, 21, yang menderita leukemia. Namun, Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya apabila Muhammad Muaz telah meninggal dunia jam 6.50 pagi pada dua hari selepas menderma darah A- serta sum-sum tulangnya.

Asma Ismail sebagai  ibu tunggal kepada enam orang anak itu menyatakan bahawa Muhammad Munawar menghidapi leukemia sejak empat bulan yang lalu dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum diarahkan oleh pegawai perubatan untuk menemui pakar di HUKM. “Munawar memerlukan darah jenis A- serta sum-sum tulang belakang dan secara kebetulan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum,” katanya. Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan, dia ada bertanya perasaan arwah menjalani proses itu, namun arwah menjelaskan tidak berasa takut, malah sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya. 

Ya Allah, bertapa besarnya pengorbanan seorang adik kepada abangnya. Hubungan yang berlandaskan sebuah kasih sayang dalam sebuah hubungan yang suci dan utuh tanpa boleh dipisahkan oleh sesiapapun melainkan yang hak iaitu Allah S.W.T. Betapa tingginya darjat seseorang itu jika dia mengasihi temannya seperti dirinya sendiri. Ini dapat dikuatkan lagi dengan potongan hadis ini, Nabi S.A.W. bersabda: “ tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sebelum ia cinta kepada saudaranya atau jirannya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

Islam sendiri telah mengalakkan kasih sayang ataupun mencintai antara satu sama lain selagi meletakkan Allah S.W.T sebagai cinta teragung,diikuti cinta yang kedua iaitu cinta kepada Rasulullah S.A.W. dan seterusnya diikuti oleh cinta sederhana iaitu cinta kepada ibu bapa, anak-anak, saudara-mara, dan keluarga. Islam telah mengiktirafkan fenomena cinta sebagai suatu keperluan bagi manusia, malah menganggap cinta sebagai satu unsur pelengkap dan penyeri kehidupan.

Kesimpulannya, kasih sayang antara sesama manusia amat dituntut dalam agama Islam. Nabi S.A.W. bersabda: “Tidaklah kamu akan masuk syurga tanpa beriman, dan tidaklah iman itu sempurna tanpa berkasih-kasihan sesamamu, inginkah kamu kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu kerjakan, terwujudlah saling berkasih-kasihan sesamamu? Semarakkanlah salam antara sesamamu”.Perasaan kasih sayang dan cinta adalah suatu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya. Jadi kita sebagai hamba-Nya seharusnya mengunakan nikmat yang telah diberikan kepada kita dengan sebaiknya bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T. bagi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat malah, dijauhi daripada siksaan api neraka.



Sunday, 29 April 2012

bErPeGaNgLaH pAdA TaLi-Nya....


            Kenapa kita terlalu alpa dengan segala tindakan-tindakan musuh Islam dalam menjatuhkan umat Islam. Kita memandang masalah ini seperti tidak akan membawa masalah bagi kita tetapi sedarkah kita ia ibarat barah yang semakin membunuh. Bak kata pepatah Arab “api yang besar itu bermula daripada sumber yang kecil dan jika ia tidak ditangani, maka sumber kecil itu akan merebak”. Di Kuala Kangsar terdapat sekumpulan mubaligh Kristian yang telah menggunakan cara yang licik apabila mereka turut berpakaian jubah dan menunaikan solat Zuhur berjemaah bersama-sama penduduk Islam bagi mendekati mereka yang dipercayai berpotensi untuk digugatkan akidahnya bagi memurtadkan mereka.
            Menurut Datuk Dr. Hassan Ali iaitu EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor berkata “sasaran utama mubaligh itu ialah orang Islam yang miskin, kurang pengetahuan agama, akidah lemah, orang yang berhutang, mereka yang rumahtangganya kucar-kacir, mereka yang menghadapi masalah selepas bercerai, golongan berfikiran liberal dan terbuka serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Beliau berkata lagi “Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam”. Di samping itu, kegiatan ini bukan sahaja sedang giat dijalankan di Sabah, Sarawak, dan Selangor, malah juga sudah menular ke nageri lain di negara ini.“Sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabat saya beberapa bulan lalu, ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci’ sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka,” kata Datuk Dr. Hassan Ali ketika berucap pada program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Dewan Jubli Perak.
           Tidak nafikan dengan mudahnya mereka yang tidak mempunyai akhidah yang kuat dengan  tidak mempercayai dan beriman terhadap nilai-nilai mutlak dalam jiwa setiap umat Islam mudah terpesong dari jalan Allah S.W.T. Betapa halusnya cara yang digunakan oleh mubaligh Kristian ini untuk memesongkan umat Islam dengan cara mendekati secara perlahan dan bersahabat dengan mereka yang berpotensi untuk dipesongkan akhidahnya. Imam Tarmizi meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Agama seseorang itu berada di bawah pengaruh temannya. Maka hendaklah dilihat siapa yang menjadi temannya.” Ini menjelaskan bahawa jika kita bersahabat dengan orang yang kotor, kekotoran seseorang itu turut terpalit kepada kita. Dan jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi, maka kewangian itu juga turut mewangikan kita. Justeru, perhatikanlah golongan mereka yang mendampingi kita. Ambillah kebaikan darinya dan jangan sesekali terpengaruh dengan kebejatan yang terhasil dari fahaman dan tingkah laku mereka.
Kesimpulannya, setiap umat Islam wajib mentaati dan melakukan segala perintah Allah S.W.T. dan sentiasa menjauhkan diri daripada segala larangan-Nya. Selagi seseorang itu berpegang pada tali Allah S.W.T. bagi mencapai keredhaan-Nya dirinya akan selamat daripada segala siksaan di dunia dan akhirat.  Jika seseorang itu melakukan kebaikan maka ganjaran baik iaitu syurga yang akan dinikmati, sebaliknya jika seseorang itu melakukan kejahatan dan kemungkaran maka dia akan memperolehi azab siksaan di neraka kelak. Sebagai mana firman Allah S.W.T. dalam surah Al-A’raf  ayat 40-42: “sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami meberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat. Bagi mereka tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim. Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga ;mereka kekal di dalamnya”. 




Friday, 27 April 2012

CaHaYa iLmU

Di Kuala Lumpur, tabiat membaca rakyat Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara berbanding tahun sebelumnya iaitu penambahan sebanyak 33.2% bilangan pinjaman buku yang dicatatkan di Perpustakaan Negara (PN). Melalui statistik pinjaman bahan bacaan di PN pada 2011 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1.03 juta buah buku yang dipinjam oleh pembaca tempatan berbanding pada tahun 2010 yang hanya sebanyak 776 347 buah buku.
Menurut Ketua Pengarah PN iaitu Datuk Raslin Abu Bakar faktor utama peningkatan pinjaman tersebut adalah disebabkan oleh pertambahan jumlah pinjaman berkelompok dari 289 buah institusi pada tahun 2011 berbanding 240 buah institusi  pada tahun 2010.“Kalau 10 tahun dulu seorang rakyat Malaysia cuma membaca dua buku setahun tapi pada tahun lalu kenaikan yang amat ketara dapat dilihat dengan jumlahnya meningkat kepada lapan buku seorang. “Peningkatan tabiat membaca ini membuktikan tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai pentingnya ilmu pengetahuan jelas kelihatan dan ia juga sejajar dengan misi kerajaan untuk mencapai status negara maju pada 2020,” katanya ketika ditemui pada pelancaran sambutan Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Negara.
              Hal ini telah menunjukkan kesedaran rakyat Malaysia bahawa betapa pentingnya dalam menuntut ilmu. Sedangkan agama Islam sendiri telah menitikberatkan agar umatnya untuk menuntut ilmu sebagai mana firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Quran yang pertama iaitu Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-Mu Yang Menciptakan . Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan-Mulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.
             Tambahan pula, saranan bagi menuntut ilmu telah dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, Nabi S.A.W. bersabda: “ Sesungguhnya para Nabi A.S. tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Bagi sesiapa mengambilnya, maka ia mendapat keuntungan yang besar”.
             Kesimpulannya, menuntut ilmu amatlah dituntut dari segi agama, bangsa dan juga negara. Masakan sesebuah negara itu membangun dengan rakyat yang tidak berilmu. Mashallah!! Ajaib sungguh jika itu yang berlaku. Sedangkan ilmu itu ibarat nakhoda yang mengemudikan kapal untuk sampai ke tujuannya. Jika nakhodanya sesat maka sesatlah anak kapalnya. Maka tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. :)

               

Monday, 23 April 2012

DeRiTa Si KeCiL


Ke mana perginya kasih sayang dalam diri manusia durjana ini yang begitu tega mencederakan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini. Mangsa Mohd. Danish Aiman Abdullah yang berusia 2 tahun ini telah ditampar oleh kekasih ibunya di Kampung Tualang, Manir pada 21 April yang lalu. Mangsa telah mengalami pendarahan dalaman di kepala setelah ditampar oleh suspek. Kejadian ini berlaku apabila suspek berang dengan karenah mangsa yang tidak duduk diam lalu bertindak menampar mangsa sehingga pengsan. Sekuat mana kudrat si kecil ini berbanding lelaki yang tidak berperasaan ini. Apakah salah seorang kanak-kanak itu bergerak bebas selagi ia tidak merbahayakan dirinya? Apakah terlalu besar kesalahannya sehingga dipukul tanpa ehsan….TIDAK SAMA SEKALI!!!!!!
 Kanak-kanak pada usia ini akan bergerak dengan aktif untuk membina karekter mereka. Mereka mempelajari setiap perkara yang baru dan mengaplikasikan ke dalam diri mereka. Sedangkan kita orang dewasa sepatutnya mendidik mereka dan bukannya menyakiti mereka. Kita perlu menjadi penjaga, pembimbing, dan pelindung bagi mereka tetapi bukannya melakukan mereka persis seekor binatang.
Seharusnya kita membiasakan diri dengan mengamalkan ajaran agama bagi malahirkan akhlak yang mulia. Akhlak merupakan suatu tingkah laku yang baik dan telah menjadi kebiasaan,amalan, dan cara hidup seseorang yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila akhlak mulia subur memekar dalam diri,perkara yang tidak berperikemanusiaan tidak akan dilakukan dengan sewenag-wenangnya. Seharusnya manusia kini buka mata mereka seluas-luasnya bagi memahami apa itu kasih sayang. Sedangkan haiwan mampu merhargai dan mengasihi sesama mereka.



                 

Manusia berkelakuan binatang ataupun binatang yang berkelakuan manusia?????





KeNaLi iLluMiNaTi.....


Tamadun tidak membentuk manusia sebaliknya manusialah yang membentuk ketamadunan . Namun ini masih lemah kerana untuk membangun tamadun, manusia memerlukan ilmu sedangkan manusia pada awalnya tidak memiliki ilmu pengetahuan. Hal ini sesuai dengan ayat Al-Quran yang berbunyi " Kamu tidak memiliki apa-apa pun ketika dilahirkan, lalu kami berikan pada kamu pendengaran, penglihatan supaya dengannya kamu mahu bersyukur". Ilmu mempunyai dua unsur atau jenis. Yang pertama ialah ilmu yang bersifat positif dan yang kedua ialah ilmu yang bersifat negatif, secara ringkas tamadun Islam dibentuk daripada ilmu–ilmu yang positif dari sistem ilahiah dengan keberadaan para anbiya. Pengetahuan ini murni dari pencipta alam ini, sedangkan manusia yang diberi hak memilih. Namun mereka telah memilih untuk keluar dari sistem ini ,maka yang mereka perolehi adalah ilmu–ilmu negatif , ilmu inilah sebahagiannya telah digunakan untuk menguasai manusia lain dan mereka mendirikan tamadun atau sistem anti tuhan. Secara konsep hanya ada dua tamadun yang saling berhadapan antara satu sama lain iaitu tamadun yang didirikan dengan sistem ilahiah dan tamadun yang didirikan dengan sistem anti tuhan, (bahesti boleh tambah di sini pembahasan kali ini adalah tentang tamadun yang sifat anti tuhan di mana mereka ini telah melakukan pelbagai ritual yang bertentangan dengan norma manusia semata–mata untuk menguasai alam(dunia). Dan mendirikan tamadun non-ilahiah , di mana di dalam tamadun ini terdapat unsur kemanusian yang rosak sama sekali. Kelompok ini adalah lawan pada kelompok ilahiah ,mereka melakukan penyembahan terhadap syaitan ataupun paganism dan mendirikan tamadun mereka atas kehendak syaitan. Kelompok ini masih menguasai tamadun dunia hingga sekarang, mereka adalah kelompok Freemason dan Illuminati)


 Pengajaran yang terdapat dalam dokumentasi mengenai Illuminati ialah berpegang teguh pada agama. Hal ini dapat dilihat di mana para ahli Illuminati adalah penyembah bagi syaitan ataupun digelar Amen-ra iaitu bermaksud tuhan matahari. Mereka terdiri daripada para ahli sihir dan pemuja syaitan. Syaitan ataupun Iblis menerima kekuasaan Allah S.W.T yang abadi tetapi di sisi lain Iblis membangkang terhadap-Nya. Selepas Iblis menyeru manusia melakukan kemungkaran, lalu ia akan meninggalkna mereka kerana dia takut terhadap kekuasaan Allah S.W.T. Hal ini dapat direnung daripada ayat surah Al-Hasyr ayat 16: (Bujukan orang-orang munafik itu) seperti (bujukan) setan ketika ia berkata kepada manusia, “ Kafirlah kamu!" kemudian ketika manusia menjadi kafir ia berkata ,“ Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah S.W.T, Tuhan seluruh alam”. Para ahli Illuminati telah mengakui syaitan dengan berpegang bahawa kejahatan syaitan adalah teladan bagi mereka. Mereka berusaha untuk tidak mentaati Allah S.W.T dan telah menguruskan satu ajaran yang bahaya iaitu Illuminati. Mereka telah terpedaya oleh tipu daya syaitan, di mana syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga ke hari Kiamat. Hal ini berlaku disebabkan tiadanya pegangan agama yang teguh terhadap kekuasaan Allah S.W.T.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlu berhati-hati terhadap musuh kita (Illuminati). Gerakan Illuminati terdiri daripada dua agen iaitu Masonic dan Freemason. Kini mereka telah meninggalkan tempat rahsia mereka ke tempat awam bagi menjalankan misi mereka iaitu menjadikan seluruh dunia ini tiada sebarang pegangan agama. Kemunculan Freemason dapat dilihat pada Dollar Amerika iaitu gambar George Washington dan simbol Piramid bersama-sama si mata satu di atas Piramid yang hampir disudahkan pembinaanya. Sebenarnya mereka telah melakukannya berabad-abad lamanya. Hal ini demikian kerana mereka telah menjadi dalang bagi setiap peperangan, revolusi, dan kegiatan ekonomi baru. Mereka telah menguasai apa sahaja yang kita baca, dengar, dan lihat. Dengan ini dapat dilihat secara jelas bahawa mereka telah mendoktrinasikan penghuni dunia dengan cara pemikiran mereka dan telah berjaya menyusup masuk ke dalam bidang kuasa strategik. Di belakang tabir mereka telah mencipta politik, ekonomi, dan agama baru bagi membina asas untuk mendominasikan dunia. Kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung masalah ini bagi mengelakkan mereka mendominasikan pemikiran kita dari segi politik, ekonomi, dan agama.
Seterusnya, pengajaran yang terdapat dalam dokumentasi Illuminati ialah jangan terlalu mempercayai tanpa usul periksa dalam sesuatu perkara. Dalam dokumentasi ini terdapat persoalan yang mampu membuka minda kita untuk merungkai segalanya iaitu”Tidakkah anda terfikir mengapa segala berkaitan Mesir Purba direkodkan?”, tetapi tiada rekod berkenaan Piramid dan cara pembuatannya. Ini kerana ia amat sulit untuk dirungkaikan.” Melalui peradaban Mesir Purba kita dapat melihat bukti-bukti yang menunjukkan kita masih dikuasai oleh kuasa keturunan Firaun. Hal ini dapat dilihat melalui penerapan unsur-unsur peradaban Mesir Purba dalam pemerintahan British, di mana yang pertama batu Nabi Yaakob (Datuk Bani Israel) berada di bawah takhta British. Yang kedua ialah permaisuri ditabalkan di atas Piramid bertingkat, yang ketiga ialah mahkota permaisuri terdapat 12 batu permata mewakili 12 puak Bani Israel. Yang kempat iaitu bendera Union mewakili penyatuan Union dan 12 puak-puak Jaacob ataupun jack Up (Israel), yang kelima tongkat kuasa berasal dari Mesir Purba yang digunakan oleh Firaun dan Tuhan Amen juga digunakan dan pelbagai lagi. Hal ini menunjukkan bahawa seharusnya kita mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum menerima pemikiran tersebut supaya kita tidak didominasikan oleh ahli Illuminati.