Adakah Kau Lupa (Animasi
Saladin)
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
# Fahami dan renungi lagu ini, bukan bagi melalaikan tetapi bagi menyedarkan kita bahawa sejarah terdahulu telah mengajar kita bahawa keimanan dan ketakwaan adalah rahsia umat Islam ketika dahulu dalam mencapai kejayaan. Seharusnya kita sebagai generasi sekarang patut mencontohi generasi terdahulu dalam membawa kejayaan melalui keikhlasan hati dan ketulusan jiwa dalam berjuang untuk Islam. Betapa hebatnya tamadun Islam ketika berada di bawah naungan Rasulullah S.A.W. yang sememangnya manusia yang terhebat dan tiada tandingannya dan telah mendidik umat-umatnya dari segi ibadat, ilmu pengetahuan, sikap, tingah laku, dan sebagainya. Selepas kewafatan Rasulullah ilmu yang telah disampaikan telah diwarisi kepada kaum keluarga baginda, para sahabat dan tokoh-tokoh ilmu agama bagi memastikan Islam terus berkembang dan tersebar degan meluasnya dalam kalangan masyarakat manusia. Disebabkan itulah sumbangan-sumbangan ilmu tersebut telah berkembang dan menjadi amalan dan juga telah membawa perkembangan kepada tamadun Islam sehingga ke hari ini, malah menjadikan Islam adalah sebuah tamadun yang lebih maju dan kehadapan berbanding tamadun yang lain.