assalamualaikum dan salam sejahtera kalian :)
hari ini, hari ini kami akan mengetengahkan tentang PERKAHWINAN di MALAYSIA. kita boleh melihat perbezaan cara perkahwinan masyarakat dahulu dan masyarakat kini. adakah adat mereka dahulu dan kini berlainan atau sama sahaja? jadi, di sinilah jawapannya :)
MALAYSIA
Malaysia
adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh
harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua
golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara ini
melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam
yang berbeza.
Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu
Nak tahu bagaimana masyarakat melayu punya adat perkahwinan? adat perkahwinan masyarakat melayu sekarang banyak dipengaruhi oleh pelbagai unsur sehingga ramai yg t'keliru.. walaubagaimanapun, adat merisik, peminangan dan akad nikah adalah adat yg semoleknya dilakukan dalam perkahwinan masyarakat melayu.
Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada
beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara
menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar;
hari persandingan; jemput menantu.
Merisik
Permulaan
proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh
keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya
berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui
samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan
dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui si gadis belum
berpunya upacara peminangan diaturkan.
Acara Peminangan
Meminang
sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas
meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya
ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar
tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah
hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah
tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua
Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.
Menghantar Tanda
Semasa
upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak
teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu
dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin
tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja.
Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.
Hantaran
belanja
Pada
tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah
pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya
diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau
dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang
lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor
merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.
Menjemput
Waris
bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan
berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari
perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan
meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan
majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.
Upacara
Nikah
Upacara
akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam
mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan
hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin
akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini
sahlah mereka menjadi suami isteri.
Berinai
Besar
Kedua
pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin
perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh
pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir
menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas
pengantin lelaki.
Majlis persandingan
Dihari
persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin
perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan
selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah
pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar
terlebih dahulu.
Jemput menantu
Majlis
jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki.
Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat
pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.
Perkahwinan
Masyarakat Cina
Hari
perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus
hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang
berkabung kesedihan.
Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan
lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin
yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna
putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Seterusnya
pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa
itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan
pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga
masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara
maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua
pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.
Dalam
masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan.
Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Adat
ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam
keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada
saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Kemuncak
upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan
makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan,
atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah
kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba
mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir
sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang
saksi.
Pada
hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi
sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.
Perkahwinan
Masyarakat India
Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya.
Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali.
Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.
Perkahwinan
Cina Peranakan
Orang-orang
Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat
iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil
nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu
boleh di dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang
melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu.
Adat
lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian
gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga
rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria
dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi
orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua
belas sahaja.
Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan
perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan
meminang. Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan
seperti istiadat menepung tawar/menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah
gigi/ mengandam; membuang sial; menggantung kelambu dan berinai. Semasa majlis perkahwinan
berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut iaitu
menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuh
kaki; nasi dalam/ sirih perancang dan mandi bunga gomba.
Perkahwinan
Masyarakat Iban
Istiadat
perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akan
dipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan
diarak ke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang
kuat. Mereka percaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang
alamat-alamat yang tidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur
awal bagi mengelakkan dari mendengar alamat-alamat yang tidak baik.
Di
rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk
padi kerana ibu mertuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas
tiga hari mereka akan tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari
juga. Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api.
Perkahwinan Masyarakat Murut
Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna
dan 13 tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si
gadis orang Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis “tilauan; 1 tajau jenis
minukul; 1 tajau jenis belaying, 1 tajau jenis “manila 1 buah gong dan 1
sumpitan. Istiadat perkahwinan akan dijalankan selama lima hari berturut-turut,
tiga hari di rumah pihak perempuan dan dua hari di rumah pihak lelaki. Dalam
masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak.
Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan.
Sumber: Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Perkahwinan Masyarakat Portugis (Serani)
Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di hari
tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarung
sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan
dengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan
ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan “large Noiba?.
Pengantin
lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topi
tinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di
gereja dan menunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan
di gereja. Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat
orang-orang yang telah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan
terima kasih. Adat ini dinamakan “noiba missa I gereja.
# terdapat pelbagai adat perkawinan di malaysia ni kan? kami sangat teruja dan berbangga kerana dilahirkan di negara MALAYSIA yang punyai pelbagai adat yang tersendiri #